Sunday, January 18, 2009

Pelajaran Pertama

Untuk mempelajari AutoCad ada 4 asas pengetahuan yang perlu
  1. IDEA
  2. ARAHAN
  3. MEMASUKAN MAKLUMAT
  4. PEMILIHAN BAHAN
Sebelum mula melukis kita mesti ada Idea bagaimana bentuk lukisan yang akan dilukis, mesti memahami arahan-arahan seperti arahan membuat garisan atau bulatan dan sebagainya. Kita juga mesti pandai memasukan maklumat seperti saiz atau simbol-simbol tertentu didalam lukisan, begitu juga dengan pemilihan bahan -bahan untuk melukis.

Pastikan arahan pada mouse iaitu pick disebelah kiri digunakan untuk mengambil arahan dari icon atau apa-apa menu pada AutoCad, bagi memastikan arahan itu selesai klik pada enter disebelah kanan.

Pengunaan mouse ini amat penting kerana AutoCad sekarang lebih mudah dengan mengunakan icon dari meniap arahan, kerana kita terpaksa mengingat setiap arahan, dengan adanya icon kita tidak perlu meningatti setiap arahan untuk melukis.



Sekarang buka AutoCad, bagi mendapatkan icon yang dikehendaki pergi ke side bar pick pada icon yang dikehendaki, bar icon itu akan keluar di AutoCad anda.

Sekian untuk kali ini, Selamat mencuba..................


Sunday, January 4, 2009

Tentang AutoCad


AutoCad adalah perisian yang popular digunakan untuk melukis grafik membuat rekaan dan sebagainya, kerana ia lebih murah dan senang digunakan berbanding dengan perisian yang lain. Kebanyakan Kolej, universiti atau institut memilih perisian AutoCad sebagai subject. akan tetapi kebanyakan pelajar gagal menguasainya kerana masa pembelajaran yang terhad dan sukarnya mendapat bahan bacaan didalam bahasa melayu.

Saya bukan lah terlalu pakar didalam AutoCad, tetapi saya akan berkongsi ilmu kepada siapa-siapa yang berminat, apa yang saya buat ini berdasarkan dari pengalaman, sewaktu saya ingin mencari pembantu dulu ramai dikalangan yang ditemuduga gagal didalam ujian walaupun mempunyai sijil. Ramai dikalangan rakan-rakan dan pelajar ingin belajar Autocad dari saya akan tetapi kesuntukan masa dan tiada tempat yang sesuai membantutkan usaha itu, jadi untuk itu saya mengajar didalam blog ini.